Thursday, March 31, 2011

cinta suatu kaum...

"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada',tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:"Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih."

Saturday, March 26, 2011

buka matamu



Bangkitlah wahai anak2 muda, kurangkan hilai tawamu, banyakkan merenung keadaan dunia kita kini... bangkitlah untuk mngubah dunia kita
ke arah keamanan dan kesejahteraan,,,,tidak lain dan tidak bukan, dengan menyemarakkan semula api prjuangan menyeru kemuliaan, mencegah kemungkaran...


ISLAM TIDAK PERLUKAN KITA, KITALAH YANG MEMERLUKAN ISLAM..., untuk mengecapi keamanan dan kesejahteraan...

Wednesday, March 23, 2011

Cayok SPM 2010!!!!

Alhamdulillah, pd hari ini sekali lagi trbukti bahawa Allah SWT i2 Maha Pemurah, Maha Agung dan Maha Mengasihani....trsenyum kepuasan setelah mengetahui keputusan SPM 2010...batch terbaik dalam sejarah sekolah..haha, tamatlah satu penantian yg mnyeksakan...walaupun keputusanku ini tdklah layak mndapat pujian, namun inilah yg aku mahukan...iaitu kesederhanaan
Bkn x mahu cemerlang tp keputusan ini aku rasakan memadai dgn usahaku yg x seberapa selama ini...padan muka, siapa sruh malas.... boleh la, asalkan dpt smbung belajar sudah...
terima kasih utk ibubapaku, guru2, sahabat2, adik2 dan semua yg mndoakanku slama ini...aku prcaya apa yg aku dapat kini hasil iringan doa kalian semua....
Apa2 pun thniah bg yg cemerlang, bg yg kurang brnasib baik pula redhalah dgn ketentuan Ilahi...segala apa yg tlh dirancang olehNya bukanlah dirancang secara main2, namun ada hikmah disebaliknya yg jarang2 kita sedari...Dia Maha Sempurna kebijaksanaanNya, segala yg diberikan kpd kita merupakan yg trbaik utk diri kita...sesungguhnya Allah mengenali diri kita lbih dr apa yg diri kita sndiri kenali....   

Friday, March 18, 2011

tidak ku dustai diri sendiri...


Aku teringat bagaimana suatu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, "Apakah engkau takutkan ALLAH?"


Dia menangis dan menjawab, "Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan ALLAH bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH tapi aku tidak..."


Maksudnya, jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan ALLAH pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya, lebih-lebih lagilah aku yang hina dan berdosa ini.


Di hatiku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.


Kalau kau tanyakan aku, "Adakah DIA di hatimu?"


Aku hanya mampu menjawab, "Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA."

Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang, dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA.


Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya... aku yakin... suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua.


Dan kita akan terus mengemis kasih...

Monday, March 14, 2011

rapuhnya Imanku...

"Demi cintaMu yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu! Aku memohon bimbingan dariMu! Aku memohon untuk memiliki cintaMu".

Dr Muhammad Badi’ mursyidul am baru Ikhwan Muslimin


Ikhwan Muslimin telah mengumumkan Mursyid Am barunya iaitu Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy, 67 tahun.
Beliau adalah Mursyid Am kelapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Mursyid Am Pertama, Imam Hasan Al-Banna pada tahun 1928.
Dr Muhammad Badi’ (GAMBAR) menggantikan Mursyid Am KeTujuh, Ustaz Mahdi Akef yang tidak berhasrat menyambung jawatannya apabila umurnya melebihi 80 tahun.
Dr Muhammad Badi’ dilahirkan pada 7 Ogos 1943 di Al-Mahalla Al-Kubra, negeri Al-Gharbiyah, Mesir. Isteri beliau bernama Sumaiyah Asy-Syanawy, bekas pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiyah di Bani Suef, Mesir.
Beliau adalah anak kepada Haji Muhammad Ali Asy-Syanawy yang merupakan generasi awal Ikhwan Muslimin dan termasuk yang dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan taghut Mesir dibawah Presiden Jamal Abdul Nasir pada tahun 1954 tetapi kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Ammar, Bilal dan Dhuha.
Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin kelapan dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) 20 Jan.-Harakahdaily

Fadhilatul Mursyid Muhammad Mahdi Akif


" Ia sesungguhnya adalah kelebihan Allah yang diberikan kepada kami bahawa Jamaah ini sudah lama, dan ia mempunyai peraturan kerja dan thawabitnya (perkara-perkara tetap), ini ditambah lagi dengan Ikhwan Muslimin yang tidak bekerja melainkan untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Dengan ini semua perkara dapat disempurnakan dengan mudah dan senang, mengikut peraturan kerja Jamaah yang sedia diketahui", dengan menjelaskan bahawa pemimpin-pemimpin Jamaah yang berkenaan telah berkumpul dan memilih siapa yang akan memegang jawatan Mursyid. Kemudian berlaku ijma' (kesepakatan) ke atas nama yang dikemukakan dari semua institusi Ikhwan yang terdapat di medan antarabangsa."- Fadhilatul Mursyid Al Ustaz Muhammad Mahdi Akif.

Fadhilatul Mursyid Muhammad Mahdi Akif adalah Mursyidul A'm Gerakan Ikhwan Muslimin yang ketujuh. Beliau menggantikan Almarhum Ma'mun Hudhaibi sebagai Mursyidul A'm Ikhwan Muslimin pada tengahari Rabu 14 Januari 2004 yang lalu.


Pada tarikh tersebut Al Ustaz Mohd Hilal yang memangku tugas-tugas Murshidul Am Ikhwan Muslimin setelah kewafatan Almarhum Ma'mun Hudhaibi dengan rasminya mengumumkan pengganti penerus kepimpinan Ikhwan oleh Muhammad Mahdi Akif. Seluruh Anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin bersepakat dan menyatakan baia'h kepada beliau sebagai Mursyidul A'm Ikhwan Muslimin yang Baru.



Biodata ringkas beliau


*Dilahirkan pada 12 Julai 1928 di Kafr Awad Al Sinita, Markaz Aja, Muhafazhoh Daqhiliah, Mesir.


*Memulakan pendidikan rendah di Sekolah Rendah Al Mansourah dan peringkat menengah di Sekolah Menengah Fuad 1 di Kaherah. Kemudiannya menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Pendidikan Jasmani, dan mendapat ijazah tanggal 1950.


*Bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Fuad 1.


*Berkahwin dengan saudara perempuan salah seorang anggota Maktab Irsyad Ikhwan iaitu Dr. Mahmud Izzat dan memiliki empat orang cahaya mata.


*Mengenali Ikhwan dan mendapat didikan langsung dari Imam Hassan Al Banna tanggal 1940.


*Meneruskan pengajian di Fakulti Undang-undang pada tahun 1951 di Universiti Ain Shams.


*Berpengalaman Menentang Inggeris di Terusan Suez.


*Giat sebagai Ketua Bahagian Pelajar dan Ketua Bahagian Pendidikan Jasmani di ibu Pejabat Ikhwan Muslimin sebelum dijatuhkan hukuman mati tanggal Ogos 1954 atas tuduhan cubaan bunuh Presiden Jamal Abdun Nasir. Namun Hukuman diringankan kepada kerja berat seumur hidup.


*Tetapi dibebaskan pada 1974 setelah 20 tahun menderita dalam tahanan bersama Lima anggota Ikhwan yang lain.


*Menganggotai Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin tanggal 1987.


*Mewakili Ikhwan sebagai ahli Parlimen Dewan Rakyat bagi Daerah Timur Kaherah bermula tanggal 1987 sehingga tahun 1990.


*Dihadapkan ke Mahkamah Tentera pada tahun 1996 atas tuduhan memimpin Organisasi Antarabangsa Ikhwan Muslimin dan dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun.


*Jawatan terakhir sebelum diamanahkan sebagai Mursyidul A'm Ikhwan Muslimin ialah mengendalikan bahagian perhubungan dengan dunia Islam.


*Dibaia'h sebagai Mursyidul A'm Ikhwan Muslimin yang ke tujuh pada hari Rabu 14 Januari 2004.


Saranan dan panduan dari beliau (Petikan dari beberapa laman Islam)


Dasar pembawaan yang memenuhi kesempurnaan.


" Anggota Ikhwan semuanya ditarbiah bahawa mereka adalah Gerakan Islam menyeluruh yang merangkumi politik, ekonomi dan agama, iaitu ikhwan adalah gerakan Islam yang dididik untuk memberikan reaksi kepada semua urusan kehidupan."


Perinsip yang jelas.


Demokrasi di dalam Ikhwan Muslimin berada di tahap yang paling tinggi, kerana Syura di sisi Jamaah adalah kewajipan dan akhlak yang dijadikan ibadah kepada Allah s.w.t."


"Menjadi akhlak Ikhwan untuk tidak menggunakan keganasan, dengan itu mereka menyeru kepada Allah dengan ucapan yang baik dan memberikan nasihat yang dibina di atas asas ilmu". Beliau menjelaskan bahawa Jamaah Ikhwan Muslimin bukanlah Jamaah agama sahaja atau politik sahaja – seperti yang mahu digambarkan oleh sebahagian manusia – tetapi ia adalah jamaah Islam yang menyeluruh yang mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.


Reaksi yang jelas terhadap proses perubahan.


"Perubahan yang tidak menjamin kembalinya kebebasan dan pemansuhan undang-undang darurat dan undang-undang pengecualian bukanlah dinamakan perubahan".


Sikap dan pendirian yang realistik.
Dr. Mohammad Mahdi Akif menegaskan bahawa Ikhwan tidak berusaha untuk menjatuhkan pemerintah, tetapi menghulurkan tangan mereka kepada pemerintah untuk berdialog dengan menjelaskan bahawa "Tidak ada di sana orang berakal yang hari ini sibuk untuk menjatuhkan pemerintah di tengah-tengah situasi dalaman yang tidak menentu dan meningkatnya ancaman luaran".


Optimis terhadap Janji Allah.
walau sebesar manapun kuasa tentera penjajah Amerika, ia tetap akan berakhir, walaupun begitu kami sebagai umat Islam wajib kembali kepada Allah dan meningkatkan potensi ilmu kami.


Tegas kepada golongan kuffar.
"Ini adalah pembohongan dan penipuan dan tidak memberikan kesan. Kami tidak akan berdialog dengan Syaitan (Amerika) yang tidak menghormati mana-mana prinsip kepada nilai, akhlak dan hak-hak kemanusiaan"


"Realiti telah membuktikan bahawa Amerika telah memperdaya semua orang, ketika Amerika berjanji untuk menghormati hak-hak kemanusiaan dan demokrasi, mereka telah memerangi Afghanistan, Iraq dan mendokong Zionis membunuh rakyat Palestin, tanpa ada akhlak atau nilai".


Sekian,


Akhukum
Pejuang Kecil
http://najhie.blogspot.com/

Wednesday, March 9, 2011

Seorang pemimpin Ulama'...


Sebelum ini, aku sebenarnya tidak pernah bertemu dengan Tuan Guru Haji Hadi Awang. Tidak juga pernah berimpian untuk bertemu dengan beliau. Dan tidak juga selalu mengikuti perkembangan tentang beliau dan PAS secara langsung. Yang aku tahu, terdapat juga mereka-mereka yang mencemuh Tuan Guru Haji Hadi dalam pelbagai cara dan tentang pelbagai isu. Dalam entri ini aku nak berkongsi tentang bagaimana 'Diskusi: Politik Islam & PAS' dapat diadakan di Warwick University pada 29 Disember 2010.
Aku baru sahaja balik daripada FUIYO 2010, di Waddow Hall, Clithroe dan singgah di Manchester beberapa hari yang lepas pada 26 Disember. Dan aku berkesempatan untuk menyertai ucapan perasmian PRC (Pas Representative Council UK & Ireland) oleh Tuan Guru Haji Hadi di Manchester Conference Centre. Selesai ucapan itu, aku terfikir, bagus juga kalau dapat bawa Tuan Guru ke Warwick kerana daripada ucapannya di Manchester itu, aku rasa banyak ilmu yang beliau sampaikan. Lalu aku bertanyakan wakil beliau untuk menjemput Tuan Guru ke Warwick. Malam itu aku terima satu mesej, dikatakan Tuan Guru sudi untuk ke Warwick. Tetapi hanya boleh antara Selasa dan Rabu sahaja kerana Tuan Guru sudah mahu balik ke Malaysia pada hari Khamis untuk membantu kempen PAS di Pilihanraya Kecil Tenang.
Jadi, pendek kata aku setuju untuk mengaturkan diskusi bersama beliau pada hari Rabu, 29 Disember. Disebabkan masa yang singkat dan jemputan yang ad-hoc aku gagal untuk dapatkan bilik kuliah yang sesuai untuk diskusi tersebut. Kawan aku pesan, nak buat event untuk Tuan Guru biarlah elok sedikit. Beliau kan Presiden PAS, antara calon Perdana Menteri sekiranya PR (Pakatan Rakyat) menang PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang. Aku usaha untuk mendapatkan bilik, tetapi tidak berjaya kerana pejabat universiti tutup sempena tahun baru. Bilik-bilik kuliah lain pun sudah penuh kerana ada Jew Conference di sekitar Warwick University. Maka hanya dapat buat di Prayer Hall.
Berkaitan dengan promosi, sekadar promosi menggunakan Facebook sahaja. Buat poster dantag beramai-ramai. Seterusnya bergantung kepada buah mulut rakan-rakan. Aku jangkakan dalam 30 orang yang akan hadir untuk ceramah ini. Lalu, satu kali itu aku menelefon wakil Tuan Guru dan berterus-terang, "Oleh kerana agak ad-hoc, saya hanya dapat Prayer Hall sebagai tempat. Tidak ada mic, LCD projektor dan sebagainya. Jemputan pula saya anggarkan dalam 30 orang." Lalu aku diberitahu, tidak mengapa, Tuan Guru tidak kisah. Kalau beberapa orang pun beliau tidak kisah. Lalu aku terfikir, betapa mudahnya untuk menjemput seorang ulama' untuk diskusi bersama pelajar. Bukan calang-calang orang pula tu, antara ulama' besar dunia.
Seterusnya aku bayangkan, kalaulah yang nak datang ni Menteri di kabinet Malaysia dan aku hanya dapat buat aktiviti itu di Prayer Hall; anggaran dalam 30 orang. Tidak boleh aku bayangkan apa kata menteri itu nanti. Sebab selalunya kalau aktiviti untuk menteri, mestilah'grand', mesti ramai. Jika tidak ramai pun, buat di hotel atau bilik kuliah yang lebih sesuai dan sebagainya.
Kami di Warwick pun pernah diberitahu oleh seorang pemimpin organisasi Malaysia di UK yang beliau ingin anjurkan aktiviti di Warwick. Lalu kami membuatkan proposal, menyiapkan aturan aktiviti dan segalanya. Hanya ingin mendapatkan 'Yes' daripada pemimpin itu sahaja. Selepas menghantar proposal tersebut kepada beliau, beliau kata "I'll contact you guys later about this."
Lalu tunggu punya tunggu, sampai 10 minggu tidak ada berita langsung. Pelik. Yang nak buat aktiviti itu beliau sendiri. Siap proposal semuanya, hilang tanpa berita. Jadi disini aku boleh lihat dan buat kesimpulan sendiri, betapa berbezanya individu-individu berdasarkan dengan pegangan mereka. Ramai antara pemimpin yang apabila jadi pemimpin mereka merasakan mereka besar dan hebat walhal jika menurut Islam, memimpin itu adalah satu tanggungjawab dan bukannya kemegahan.
Aku cuma ingin berkongsi pengalaman menganjurkan sesi diskusi untuk Presiden PAS yang sangat merendah diri dan bersifat redha. Sebenarnya aku amat risau tentang aktiviti yang baru lepas ini. Aku risau takut ada yang tidak bersetuju dengan tempat program di Prayer Hall. Aku risau takut tidak ramai orang yang datang. Aku risau takut tidak habis tepat masanya. Tetapi Alhamdulillah, hampir 60 orang hadir dan 40 orang tonton secara langsung di Ustream. Diskusi habis tepat-tepat jam 9.30pm dan tiada masalah dengan tempat program. Alhamdulillah kerana semuanya mendapat kemudahan daripada Allah S.W.T.
InsyaAllah pada masa akan datang, lebih banyak aktiviti akan dibuat di Warwick. Mudah-mudahan mendapat kemudahan dan dapat dilaksanakan untuk manfaat semua.

Di mana generasi muda Islam...


Hari demi hari, kita menunggu untuk munculnya seorang pemimpin yang dapat memimpin ummah zaman ini. Lihat sahaja di sekeliling. Perpecahan berlaku tanpa kita sedari. Ramai sudah yang tergelincir dari landasan yang sebenar. Keutamaan memegang al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan utama semakin dilupakan dari sehari ke sehari. Undang-undang dunia pula diangkat menjadi undang-undang pentadbiran.
Hampir setiap kali bersua dengan masyarakat Islam di luar sana, sebut sahaja nama Malaysia, layanan terbaik akan diberikan kepada kita. Pujian demi pujian datang dari lidah mereka. Mengatakan bahawa negara kita adalah contoh negara Islam yang terbaik zaman ini. Senyuman mudah terukir di bibir, tetapi hati berkelakuan sebaliknya. Layakkah kita untuk mendapat pujian seperti itu?
Lihat sahaja anak-anak muda masa kini. Mereka ini yang bakal mentadbir negara kelak. Sering kali berfikir, apakah ada dalam kalangan anak-anak muda Islam pada masa kini, ada yang akan bangkit lalu memimpin kami? Dan mengubah apa yang sepatutnya, menuju ke jalan yang benar. Apa yang ditakutkan ialah di mana berkemungkinan satu hari nanti, mereka yang bukan beragama Islam yang akan memimpin dan mentadbir. Malah, kedudukan kita sudah terumbang-ambing, dan boleh jatuh pada bila-bila masa. Dek arus pemodenan, kemewahan dunia, kekuasan dan pangkat, yang lemah semakin ditindas, yang alpa bermaharajalela.
Fikirkanlah, jika bukan sekarang untuk kita berubah, bila lagi? Jangan disangka esok masih ada peluang.
Tidak akan ada Islam jika tiada jemaah, tidak akan ada jemaah jika tiada pemimpin, dan tiada pemimpin jika tiada ketaatan.
Daripada para sahabat
Dan semestinya, ketaatan itu perlu datang daripada ummah kepada pemimpin-pemimpin yang memperjuang agama yang tercinta di samping memperjuangkan negara. Rentetan itu, terbentuklah yang satu jemaah, yakni jemaah Islam yang bersama-sama memperjuangkan agama!

Tuesday, March 8, 2011

Bukan pilihan, bahkan TUNTUTAN...


Buat yang begelar da'ie
Ketahuilah bahawa..
Bahtera dakwah ini sentiasa sarat dengan insan-insan yang rela menumpahkan darah dan air mata,
Bahtera dakwah ini sentiasa menjadi idaman mereka yang rindukan syahid di jalanNya,
Hakikatnya bahtera dakwah ini akan terus belayar walaupun tanpa kita,
Hakikatnya kitalah yang bertuah sekiranya memilih untuk menaikinya,
Mungkin saja kita terasa penat menghadapi perjuangan yang penuh derita,
Mungkin saja kita terasa seakan ingin 'turun' dan berlabuh di mana-mana,
Namun ketahuilah bahawa bahtera inilah bukti iman kita,
Bahtera ini adalah tanda kepatuhan kepada Pencipta,
Kerana hakikatnya dakwah ini bukan pilihan, bahkan tuntutan.

Islam x perlukan kita, tapi kita yang perlukan Islam....

Wednesday, March 2, 2011

...untukmu Da'ie


Wahai insan yg brgelar da'ie, smangat dn niatmu mnymbung prjuangan cukup mulia....namun tanpa ilmu yg cukup utk disampaikan akan mmbawa musibah kpd ummah...ingtlah kamu bahawa arena dkwah adalah arena yg luas

rmai yg tdk mnyedari akan hakikat ini, kerap kali trsalah mnyampaikan...ilmu disampaikan mengikut resa dn rasa, bukanlah brdasarkan pengetahuan yg mantap...kasihanilah pd mereka yg brsungguh2 menadah ilmu dgnmu

sedarlah bahawa tidaklah mncukupi dgn hnya mndengar ceramah2, tzkirah2 serta dgn mmbaca buku utk mnjadikan kamu seorang yg layak utk mnjadi guru agama....ia memerlukan dirimu utk melalui proses pmbelajaran ilmu yg brsistem dan teruji, contohnya di pondok2 agama atau mlnjutkan pelajaran ke universiti dlm bidang ilmu agama

hnya brbekalkan niat dan semangat tidaklah cukup utk dirimu terjun ke lautan dakwah yg luas....kerap kali brlaku prsoalan yg dikemukakan oleh pndengar tidak kamu ketahui jwpnnya, tetapi tetap juga diberikan jwapan dgn mnggunakan hukum akal semata....
sejauh mana kebenaran samada prkara ini brlaku atau tidak, hnya diri kamu sahaja yg tahu...siapa yg makan cili, dialah yg merasakan pedasnya

masih belum trlambat utk mmperbaiki kesilapan ini....sama2lah kita mncari ilmu bg melengkapkan lg kefahaman dlm agama....brulah disampaikan kpd org lain...

bg yg masih diperingkat sekolah, smpaikan ilmu setakat mana yg kamu ketahui, sekiranya timbul prsoalan yg tidak diketahui,,,brtnyalah pd yg lebih mngetahui...bg yg telah brlalu, mintalah keampunan dr
Allah SWT....Qum Faanzir...