Tuesday, May 3, 2011

Apa kata pemimpin....

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..kali ini ana nak sentuh sikit mengenai berita tentang kematian Osama Bin Laden yang terbunuh semasa serbuan khas yang dijalankan oleh tentera A.S. LAKNATULLAH di kediaman beliau..
Ana ingin mengajak pembaca sekalian untuk menilai pendapat antara dua pemimpin dalam negara kita ini mengenai berita kematian pemimpin kepada kumpulan Al Qaeda di atas..


Ini pendapat Perdana Menteri kita...


Beliau berpendapat bahawa dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin kumpulan Al-Qaeda, Osama Bin Laden

Menurutnya, kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.

“Saya berharap pada masa akan datang, dunia akan lebih sedar bahawa keganasan bukanlah satu pendekatan yang patut dilakukan untuk mencapai apa juga tujuan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka, di sini.

Najib berkata, kerajaan Malaysia mengambil sikap menentang sebarang bentuk keganasan dan kefahaman yang keterlaluan ataupun ekstrem.

“Ini selaras dengan prinsip agama Islam di mana perbuatan membunuh orang awam adalah dilarang dan ditegah keras oleh agama Islam,” katanya.

Menurutnya, Osama menggunakan Islam dalam perjuangannya sekali gus memberi imej yang cukup negatif dan buruk terhadap Islam.

“Sebab itulah, sebagai negara di mana majoritinya umat Islam, kita mesti menunjukkan pendirian kita yang mana dalam memartabatkan Islam dan memperjuangkan ketidakadilan dan sebagainya, kita mesti berpegang pada prinsip yang dibenarkan atau selaras dengan kehendak Islam.” katanya.

Perdana Menteri berkata, serangan pada 11 September 2001 ke atas bangunan Pusat Dagangan Dunia di NewYork yang dirancang Osama tidak boleh diterima oleh sesiapa yang mempunyai nilai ketamadunan dan juga tidak boleh diterima di sisi agama Islam.

Najib berkata, rakyat negara ini perlu menolak sebarang bentuk keganasan kerana kebijaksanaan dan penggunaan dasar pendekatan Wassatiah atau kesederhanaan dapat mencapai sesuatu yang diperjuangkan.- Sinar Harian, 3 Mei 2011



Ini pula pendapat Menteri Besar Kelantan...

  1. Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
  2. Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
  3. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
  4. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
  5. Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?       dipetik dari Facebook beliau...

Jadi, ana ingin bertanya kepada pembaca yang beragama Islam? Masihkah antum ingin membela pemimpin yang jelas mengiakan sahaja tuduhan musuh Allah yang telah dilemparkan terhadap Islam berhubung kepada peristiwa 11 September 2001. Sudah cukup jelas bahawa mereka telah menuduh tanpa mengemukakan sebarang bukti yang kukuh..Adakah orang yang percaya dengan tuduhan itu layak dikatakan bijak?
Ana ingin menegaskan bahawa ini bukanlah isu yang remeh, akan tetapi berkaitan dengan maruah Islam...agama kita..cara hidup kita..yang sepatutnya malah wajib kita pertahankan..
buka mata, buka hati..tepuk dada, tanya Iman...
TOLONGLAH FIKIR2KAN... 

No comments:

Post a Comment