Thursday, April 28, 2011

Rahsia game GTA...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... Kali ni ana nk kongsi tentang apa yang dah ana temui mase tengah main game GTA Vice City... Ana rasa semua orang dah kenal game ni kan... x mau cerita la best ke tak...ana x pasti samada benda ni dah dijumpai oleh orang lain atau tak...
Mase tengah round2 kat bandar dalam game ni, ana terjumpa la satu bangunan yang tiada dalam peta game ni... bangunan tu ialah bangunan World Trade Center...kat amerika tu...
dua bangunan WTC....fuh..tinggi..
ni bangunan yang sebenar
x heran lagi kan...meh ana bawak lebih dekat....
Ni pintu masuknya
Tugu ni ana jumpa kat pintu masuk...tengok tarikhnya..
Tulisan kat tugu tu blur sbb gambar ni ana crop...ni la apa yang ditulisnya, ana translate dalam bhs melayu, biar senang nk faham...
"Bangunan ini didedikasikan untuk mereka yang terkorban atau mereka yang kehilangan seseorang kerana serangan pengganas paling dahsyat yang dikenali manusia ..."

kemudian kat bawah tu tertulis..
"Untuk mencari keadilan, naik ke atap"
Jom masuk dalam....
kat dalam bangunan tu ana ada terjumpa satu unsur iluminati atau dengan kata lain freemason, samada kebetulan atau sengaja terpulanglah pada antum sekalian, pegi tanya sama pereka game ni la...

ada bendera besar amerika yang terselindung kat dalam....

Jalan untuk naik ke puncak bangunan...putar2 sampai pening kepala...
tengok lantainya hitam putih yang merupakan salah satu unsur dalam iluminati atau freemasons...
tak percaya??? amik ni....



bila sampai kat atas...ana jumpa tiang ni,...

Ini yang dimaksudkan dengan mencari keadilan yang tertulis pada tugu tadi...
gambar Osama bin Laden dan Saddam Hussein yang dilukis simbol untuk ditembak
pada muka mereka..
Saddam Hussein
Osama Bin Laden

Siapa yang mereka anggap sebagai pengganas paling dahsyat tu??
Itu saja yang ana nk kongsikan..sama2 kita fikirkan...Wallahuala'lam...

Monday, April 25, 2011

Sanah Helwah...

بسم الله الرحمن الرحيم
Ana amik dalam FB, jangan percaya sangat...suka2 jer
Sukacita ana maklumkan bahawa hari ini iaitu 21 Jamadil Awal 1432 Hijriah adalah hari lahir ana mengikut kalendar Islam...ana lahir pada tahun 1414 Hijriah, jadi dah cukup 18 tahun la ana hidup kat muka bumi Allah SWT nie...Alhamdulillah Tuhan masih panjangkan umur ana, sahabat2 sekalian doakanlah ana agar berjaya dalam menjalani hidup di dunia dan yang paling penting di akhirat nanti...doakan juga ana agar sentiasa berada pada landasan yang betul selaku hamba dan khalifah di muka bumi ini...Ameen,,   

Sunday, April 24, 2011

hati (2)...


بسم الله الرحمن الرحيم
Ana ada berusaha untuk jaga hati orang lain, terutamanya ibu bapa dan teman2 rapat...namun kadang kala ana gagal, makin menyakitkan hati ade lar...
Tp ana bersyukur sekurang-kurangnya Tuhan detikkan pada hati ana agar berusaha untuk menjaga hati orang lain lebih dari hati ana sndiri..ana bersyukur sebab Tuhan bagi ana satu sifat untuk kasihan terhadap orang lain... mungkin ianya x menyerlah sangat tp ana mengaku ana sentiasa lebihkan orang dalam membuat sesuatu...sbagai contoh, ana mempunyai seorang kawan yang suka minta pertolongan ana...sampai hal yang remeh pun nk minta tolong juga...ana mengaku ana pernah terase macam nak tengking aje kat dia camni,"eyh, mu ni x reti nk buat sdiri koe..asyik2 aku, malas tau dop"..ha3, biase lar..ana pun manusia jgak, kehendak hati memang kita x mampu kawal...jadi ana tolong la dia walaupun hati ana dalam keadaan cukup2 malas, malas nak layan...ana x mahu dia tersentuh sekiranya ana menolak...Kesimpulannya,..dalam menjaga hati orang lain, hati ana sendiri sering terluka dan sakit..
Jadi ana pernah terfikir, hati ana siapa yang mahu jaga....fikir punye fikir dapat la satu jawapan, iaitu diri ana sendiri, ha3...susah memang susah, tapi macam yang telah ana bagitau dulu...berkorban itu bukti keutuhan ukhwah kita dengan saudara seIslam... percayalah sahabat2, ada kemanisan dalam pengorbanan...ana pernah merasainya dan ana fikir antum pun pernah merasainya juga, bagaimana puasnya hati kita selepas melakukan pengorbanan untuk orang yang kita sayangi...
Berbalik pada menjaga hati kita sendiri, macam mana??? Tak lain dan tak bukan dengan mendekati Allah SWT... by the way(ceish), perlulah kita sentiasa ingat..hati orang n hati sndiri tu mesti dijaga, namun jangan kita lupa hak Allah terhadap kita...mrtabatNya lebih tinggi dari orang yang kita sayangi serta diri kita sendiri... jd x perlulah ana hurai panjang lebar lagi.. semua dah tau macam mana nk dekatkan diri kita dengan Tuhan....
ANTUM TAHU KAN... :-)

Wednesday, April 20, 2011

Failed..

بسم الله الرحمن الرحيم
Hari ni ana diuji... Subhanallah, temuduga yang paling teruk.. ana apply Darul Quran, diploma tahfiz al Quran.. so kena interview...Die suruh hafal 1 muka surat Quran dalam masa 1 jam... dapat surah Hud muka surat 229...Mushaf Rasm Uthmani yep... jadi, kepala ana jem, ha3....xtau kenapa, so so bad la.. erggh..sementara tunggu nama  dipanggil untuk amik no muka surat mana yang perlu dihafal... ana sempat hafal hampir setengah muka dari surah lain..Tapi, muka surat yang die minta hafal tu,, dalam masa sejam ana hanya bleh hafal satu ayat jer.. bayangkan!! SATU AYAT SAJA DALAM SATU JAM.... Allah, dosa apa yang dah ana buat,,,luar biasa...diulangi, LUAR BIASA... Bayangkan,,,bayangkaaaan!!! apa2 pun, dah lepas...Isk2.. Ya Allah, ampunilah dosa ku...aku redha ya Allah, aku redha....


p/s: ana pohon maaf banyak2 kat sape2 yang amat2 mengharapkan ana agar dapat masuk Darul Quran...kalau ade lar*


Sunday, April 17, 2011

Kasih Allah


بسم الله الرحمن الرحيم
Ada hadith Rasulullah SAW yang menyebut bahawa apabila Allah mengasihi hambanya, maka Dia akan membuka penglihatan hambaNya itu terhadap ke'aiban dirinya sendiri...(أو كما قال)
Ini kerana dengan mengetahui ke'aiban diri kita sendiri, kita akan menyedari bahawa diri kita tidak pernah sempurna..memang benar Allah SWT menyatakan sendiri di dalam al Quran bahawa manusia itu dicipta dengan sebaik-baik kejadian...
Yang dimaksudkan ialah penciptaan manusia itu adalah terbaik jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk Allah SWT yang lain...bukanlah bermaksud manusia itu diciptakan sempurna tanpa kelemahan dan ke'aiban.. hakikatnya sempurna itu adalah sifat yang hanya layak bagi Allah SWT...
Tetapi malangnya ada segolongan manusia yang bersikap sombong kerana menganggap diri mereka mulia hanya kerana mempunyai pangkat, harta dan kekayaan... sedangkan mereka tidak menyedari semua yang mereka miliki hanyalah secebis dari kekayaan Allah SWT yang tidak pernah berkurang walau sebanyak mana pun dikurniakan kepada makhlukNya..  
Maka perlulah kita banyak mendalami ilmu agama dan sentiasa berusaha untuk mendekati Allah SWT kerana hanya dengan mendekatiNya kehidupan kita akan tenteram...
Moga-moga diri kita tergolong dalam golongan yang diperlihatkan ke'aiban diri agar diri kita dikasihi Allah SWT serta jauh dari kelalaian dunia... InyaAllah

Saturday, April 16, 2011

Tinta qalbu...

بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah, ku rasakan hari2ku kini berlalu begitu sahaja...tidak seperti beberapa tahun sebelum ini.. 
ibadatku bergantung pada imanku, diwaktu imanku rapuh, kuranglah ibadatku..malah menjadi lebih buruk jika ditambahkan lagi dengan dosa yang sentiasa diulangi.. dikala imanku teguh, brhempas pulaslah diri ini kearah mengingatiMu..namun detik2 seperti itu tidaklah lama jika dibandingkan dgn saat2 kelalaianku...
Sungguh., hati ini begitu lalai dari mengingatiMu.. jauh sekali ingin mndekatiMu...
Jika dulu aku x pernah meninggalkan warkah kalamMu..., kini aku sombong...sombong dari melafazkannya dibibirku, sebaliknya melodi2 khayalan yang aku ketengahkan... Sudah lupakah diriku??, dengan qalamMu itu pernah kutemui ketenangan....melalui tintaMu itu juga pernah membuatkan hatiku ini subur utk terus mmperjuangkan KebesaranMu...yang pernah menyelamatkanku disaat aku hampir meragui janji-janjiMu...
Aku pelupa....aku sememangnya pelupa... sentiasa alpa dengan kesenangan dunia...
aku sedar bahwa aku tidak layak utk menjejakkan kakiku ke syurgaMu dengan amalanku yang tidak pernah setanding walau dengan sebesar zarah kurniaan nikmat dariMu...maka aku memerlukan rahmatMu serta membutuhkan keredhaanMu untukku rasai nikmat syurgaMu itu....
Kembalikanlah diri ini pada jalanMu...kembalikanlah hati ini agar sentiasa merinduiMu serta pimpinlah aku utk terus bersama denganMu, menegakkan syariatMu yang kian kabur di mata umat,...yang makin pudar di hati insan yang menggelarkan diri mereka sebagai Muslim....

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang mengusai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus (yaitu) jalan orang-orang yang sudah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

(al-Fatihah 1-7)

Thursday, April 14, 2011

Dakwah

Siapa yang berdakwah dengan niat untuk betulkan orang lain, maka akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan putus asa, berdakwahlah dengan niat menunaikan perintah Allah dengan kerisauan tapi jangan sampai membinsakan diri, ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan.
Janganlah kita berputus asa dalam usaha menyelamatkan manusia kerana syaitan tidak pernah berputus asa dalam usaha menyesatkan manusia, berdakwahlah sehingga ugama tersebar atau kita terkorban!

Monday, April 11, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita


Buat Dia yang bergelar pemimpin


"Aku tak boleh, aku tak kuat."     
"Aku lembik, lemah."    
"Aku tak pandai nak sesuaikan diri d engan keadaan."
"Aku rasa ada yang lebih layak daripada aku."
"Aku tak dapat nak galas amanah ni, susah sangat, berat sangat."
Aku pernah merasai perkara yang tertulis di atas, bahkan lebih daripada itu. Ketika itu aku dilantik untuk menerajui salah satu amanah pada satu masa yang telah Allah S.W.T tentukan, aku pasrah. Aku tunduk pada ketentuan-Nya. Aku taat pada perintah-Nya. Aku sujud memohon kekuatan-Nya. Aku memanjatkan doaku pada-Nya agar menjadi lebih kuat.
Firman Allah S.W.T :
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Maksudnya: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina."
[Al-Mu'minun : 60]
Aku berusaha menerima dan memujuk hati ini bahawa akulah yang dipilih untuk memegang amanah sebesar itu. Akulah juga yang terpilih dari kalangan hamba-hambaNya yang ada disekelilingku, sungguh aku tak pinta untuk ianya berlaku bahkan aku bimbang untuk memegang amanah sebesar ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui perkara yang terbuku dihati kecilku.
Tatkala aku menerima ketentuan, terdetik juga kekeliruan tentang kemampuan diri. Dapatkah aku menggalas beban ini, benarkah aku layak. Aku tahu, aku menerima amanah ini bukan kerana layaknya aku tetapi atas rahmat dan kasih sayang-Nya pada aku yang hina dan penuh dosa.
Firman Allah S.W.T :
قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ وَلا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلا عَلَيْهَا وَلا تَزِرُ 
وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
Maksudnya : Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepada-Nya), patutkah aku mencari Tuhan selain Allah S.W.T, padahal Dialah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Allah S.W.T tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan pada-Nya.
[Al-An'am : 164]
Terima kasih Ya Allah atas anugerah ini, dengan adanya amanah ini bertambahlah ibadat aku kepada-Mu. Sungguh aku tidak sedar, sekalipun aku tidak diberi untuk memegang amanah ini, aku telahpun diberi amanah sebagai seorang muslim. Sepatutnya aku bersyukur, Dia memberi aku pentas untuk aku jalankan amanah ini.
I LUV ISLAM

Sunday, April 10, 2011

Sangka - sangka

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riya'
Orang yang relaks disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dijilat api...
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya...