Friday, July 20, 2012

Doa diperkenankan..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum....Alhamdulillah syukur wajib kita panjatkan kepada Allah swt krn telah memperkenankan apa yang kita minta sejak dari bulan Rejab lagi...
Sedar atau tidak, kita adalah antara berjuta2 insan yang terpilih untuk meraikan Ramadhan al Mubarak pada tahun ni...perlu kita selalu ingat bukan semua umat Islam yang dapat menyambut bulan yang penuh berkat ini dalam keadaan aman sebagaimana kita di Malaysia....akan tetapi ada saudara-saudara kita yang pada waktu ini sedang beribadat dalam keadaan penuh ketakutan dan berjaga-jaga..malah tidak kurang juga yang terpaksa beribadat secara bersembunyi agar tidak disedari oleh musuh Islam yang sememangnya sentiasa mengintai peluang untuk membuat kekacauan...

Oleh itu, jadilah kita hamba yang bersyukur kerana masih menerima pelbagai nikmat kurniaan dari Sang Pencipta...sama-samalah kita doakan keamanan bagi seluruh umat Islam di dunia ini agar dapat menghidupkan Ramadhan pada tahun ini dengan penuh meriah dan penuh penghayatan....

Bulan Ramadhan adalah peluang besar bagi kita untuk memohon keampunan daripada Allah swt keatas segala dosa yang kita lakukan....

Saidatina Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah S.A.W, katanya: "Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan?"
Rasulullah S.A.W lantas berdoa dengan satu doa:


"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai memberi keampunan, maka ampunilah daku!"

Wallahua'lam...
Selamat Beramal... : )
"MASA UNTUK BERUBAH"

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan 1433/2012 MASA UNTUK BERUBAH!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t
Salam Ramadhan al Mubarak tulus ikhlas dari ana kepada semua pengunjung yang sudi bertandang di blog ana ni. Syukur Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur untuk terus bernafas di muka bumi Allah ni. Dah lama benar rasanya ana x pedulikan blog ni...nk buat camner, dah sibuk sangat layan fb sampai xde masa nak tulis entri...ape la nak jadi, bukannyer nk sibukkan diri dgn study..ha69...Ni la masalahnyer, penyakit malas makin menjadi-jadi..Kalau kawan2 ade tahu tips2 nk hilangkan rasa malas ni bleh la kongsi2 skit...he3

Sikit perkembangan pasal skolah Falahiah tersayang, makin hari makin maju nampak gayanya...berkat kepimpinan baru la ni...Alhamdulillah, banyak penambahbaikan yang dah mudir baru Tuan Haji Jusoh bin Omar (lebih dikenali dengan panggilan walid) lakukan...tak heranlah dapat gelaran pengetua cemerlang...

Walaubagaimanapun akhlak para pelajar masih dalam keadaan yang kurang memuaskan(kalau ikut pemerhatian ana la,xtau la camne pandangan orang lain)... Masih belum terasa kehangatan biah solehah macam zaman-zaman kegemilangan dulu(zaman purba kala, hehehe)...mungkin perlukan sedikit waktu lagi untuk diubah..InsyaAllah..

Berkat Ramadhan yang hampir tiba ni, sama-sama lah kita doakan agar akhlak pemuda-pemudi Islam seluruhnya terjaga dan sentiasa berada pada landasan yang sepatutnya... Bagi pemuda-pemudi di luar sana umumnya dan di Falahiah khususnya, jom jadikan Ramadhan sebagai titik muhasabah bagi sama-sama kita berubah dari yang buruk kepada yang lebih baik...InsyaAllah....
Wallahua'lam...

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SALAM RAMADHAN AL MUBARAK
"MASA UNTUK BERUBAH"