Saturday, August 18, 2012

Diambang Syawal..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, esok merupakan hari last puasa bagi Ramadhan tahun ni....ayuh panjatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana masih dipanjangkan umur kita untuk menghabiskan saki-baki bulan yg penuh barakah ini...
Pada pengamatan ana, bulan ni byk brlaku kematian yg melibatkan orang sekeliling ana...semasa awal bulan Ramadhan baru2 ni, dalam masa seminggu pun sudah beberapa orang pelajar falah yang kehilangan bapa...
Innalillahiwainnailaihirojiuun....sama2 kita sedekahkan al Fatihah kpd mereka, al Fatihah..

Malam ni last terawih, esok dah last puasa...Ramadhan akan pergi meninggalkan kita....harap2 dapat jumpa lagi pada tahun hadapan, sama2 kita doakan InsyaAllah...Lusa Syawal akan menjelma, ana ambil kesempatan ni untuk sama2 kita recall balik apa yg Nabi Muhammad saw ajar kita dalam menyambut Hari Raya Eidulfitri ni...

1. Mandi Sunat Hari Raya Sebelum Mengerjakan Solat Hari Raya.
 Mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w adalah pada hari Jumaat , Hari Arafah , Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

2.Memakai Pakaian Baru .
 Memakai baju baru itu mestilah dengan penuh penghayatan bukan sekadar ingin menunjuk-nunjuk baju baru,cantik dan sedondon.Memakai baju baru juga perlu dilakukan penuh kesedaran betapa banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita di hari mulia itu.

3.Makan Dahulu Sebelum Pergi Solat Hari Raya
daripada Anas r.a berkata :
" Biasanya Rasulullah s.a.w sebelum pergi solat Aidilfitri , terlebih dahulu baginda makan beberapa biji kurma " ( hadith Riwayat al- Bukhari , bab al'-Aid)

4. Memperbanyakkan Takbir
firman Allah S.W.T
"Dan menyebut dengan lidah dan hatinya nama Tuhannya serta mengerjakan solat " (surah al-'Ala:15)

5. Memberi Sedekah Kepada yang Memerlukan
Diceritakan daripada Anas,
Rasulullah s.a.w melakukan solat Aidilfitri dua rakaat,Beliau tidak solat sebelum atau selepasnya kemudian baginda pergi ke tempat perempuan bersama bilal.Baginda menyuruh mereka bersedekah.Maka mereka bersedekah.Ada yang menyedekahkan anting-anting dan ada pula yang menyedekahkan kalungnya (Hadith Riwayat al - Bukhari , bab al - 'Aid)

6.Menghidupkan amalan ziarah menziarahi.
Amalan ini wajar diteruskan supaya saling kenal mengenali  diantara sanak saudara dan rakan taulan.Kalau amalan ini tidak dihidupkan kemungkinan besar sanak saudara tidak mengenali satu sama lain.lebih2 lagi pertalian darah yang jauh dan sering tidak berjumpa.

7.Masa Untuk Bermaafan
Jangan ada rasa malu dan ego untuk meminta maaf dan hanya mengharapkan orang lain sahaja yang meminta maaf dengan kita
Begitu juga janganlah keras hati atau sombong untuk memberikan kemaafan kepada mereka yang memohon.Setiap orang pasti ada melakukan kesilapan dalam hidup termasuk diri kita sendiri.

8. Mengucapkan Selamat dan Mendoakan kebaikan Antara Satu Sama Lain.
Terutama  lafaz2 yang mengandungi pengertian semoga amalan puasa diterima Allah sebagaimana dilakukan pada zaman Rasullulah s.a.w

Akhir kata, semoga Allah menerima segala amal ibadat yg telah kita tunaikan pada bulan Ramadhan tahun ni...
dan semoga Syawal kali ini akan lebih bermakna kepada kehidupan kita dan menimbulkan keinsafan yang berterusan untuk sentiasa berada di lindungan rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMENANGAN...