Friday, July 20, 2012

Doa diperkenankan..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum....Alhamdulillah syukur wajib kita panjatkan kepada Allah swt krn telah memperkenankan apa yang kita minta sejak dari bulan Rejab lagi...
Sedar atau tidak, kita adalah antara berjuta2 insan yang terpilih untuk meraikan Ramadhan al Mubarak pada tahun ni...perlu kita selalu ingat bukan semua umat Islam yang dapat menyambut bulan yang penuh berkat ini dalam keadaan aman sebagaimana kita di Malaysia....akan tetapi ada saudara-saudara kita yang pada waktu ini sedang beribadat dalam keadaan penuh ketakutan dan berjaga-jaga..malah tidak kurang juga yang terpaksa beribadat secara bersembunyi agar tidak disedari oleh musuh Islam yang sememangnya sentiasa mengintai peluang untuk membuat kekacauan...

Oleh itu, jadilah kita hamba yang bersyukur kerana masih menerima pelbagai nikmat kurniaan dari Sang Pencipta...sama-samalah kita doakan keamanan bagi seluruh umat Islam di dunia ini agar dapat menghidupkan Ramadhan pada tahun ini dengan penuh meriah dan penuh penghayatan....

Bulan Ramadhan adalah peluang besar bagi kita untuk memohon keampunan daripada Allah swt keatas segala dosa yang kita lakukan....

Saidatina Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah S.A.W, katanya: "Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan?"
Rasulullah S.A.W lantas berdoa dengan satu doa:


"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai memberi keampunan, maka ampunilah daku!"

Wallahua'lam...
Selamat Beramal... : )
"MASA UNTUK BERUBAH"

No comments:

Post a Comment