Wednesday, January 25, 2012

Kenali Rasulullah s.a.w...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t...
Lama sudah ana tinggalkan blog ni tanpa sebarang pengisian...last tulisan ana tahun lepas pada 25 Oktober 2011, sekarang ni dah 25 Januari 2012...maknanya, genap 3 bulan ana x sentuh blog ni.....

Kiranya tulisan kali ni merupakan pembukaan lembaran baru blog ana ni bagi tahun 1433 Hijriah/2012 Masihi... walaupun sedikit terlambat tapi ana ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca yang meluangkan masa mengikuti catatan ana pada kali ni....

Hari ni merupakan hari pertama dalam bulan Rabiul Awal bagi kalendar Islam(malam ni dah masuk 2), bulan yang sinonimnya dikaitkan dengan keputeraan serta kewafatan qudwah hasanah kita sebagai umat Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w... Oleh i2 marilah sama-sama kita memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda s.a.w dengan penuh rasa kecintaan dan kerinduan...namun perlu kita ingat bukan pada bulan ini sahaja selawat ini kita tekankan, bahkan amalan mulia ini perlu sentiasa diistiqamahkan dalam kehidupan seharian...dan yang paling penting perlu ditingkatkan amalan sunnah Baginda dan jadikannya sebagai way of life kita...

Kitab Syamail Muhammad Saw
versi Indonesia..
Dalam kuliah sebelum Isyak di masjid berhampiran rumah ana tadi, ustaz yang menyampaikan kuliah tersebut ada mengajak para jemaah untuk lebih mengenali peribadi Rasulullah s.a.w...beliau ada menyarankan agar membeli sebuah kitab yang bertajuk "Syamail Muhammad S.A.W"...
Kitab tersebut merupakan sebuah kitab terbaik mengenai keperibadian dan akhlak Rasulullah s.a.w. hasil karya Imam Al-Tirmizi. Karya ini singkat namun lengkap sehingga setiap orang yang membacanya seakan-akan menyaksikan langsung keindahan dan keagungan peribadi Rasulullah yang mulia...

So, belilah kalau berminat untuk lebih mengenali Nabi kita...InsyaAllah dengan usaha ini perasaan cinta kita terhadap Rasulullah s.a.w. akan lebih mendalam....Amiiin...

Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment