Friday, January 27, 2012

Membina Ikatan Hati...

بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah SWT:-

8:63
Maksudnya:-
Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.~(al-Anfal:63)


-ertinya, nk raih sokongan serta menyatupadukan manusia bukanlah dengan menggunakan wang ringgit dan harta, tapi dengan menjadi HAMBA yang berakhlak serta rapat dengan Pemiliknya...
Nabi saw tidak berharta namun pengaruh dan hormat orang lain terhadap Baginda tak luput sehingga sekarang...


Buktinya boleh kita lihat jarak masa Rasulullah saw dengan kita ialah 1433 tahun, namun kini sekiranya kita mendengar seseorang menyebut nama Nabi Muhammad semestinya akan disambung dengan Sallallahu Alaihi Wasallam...ini merupakan tanda hormatnya kita terhadap Nabi saw...


Para sahabat pada waktu itu sendiri tidak pernah dihulurkan harta atau ganjaran oleh Rasulullah saw dalam usaha Baginda membina ikatan hati antara sahabat serta meraih pengaruh dalam penyebaran Islam..namun begitu, para sahabat sangat suka untuk mendampingi dan berebut berbuat baik terhadap Baginda saw


Hal ini tidak lain tidak bukan kerana pada diri Rasulullah saw sendiri terdapat daya penarik yang kuat membuatkan Baginda tidak perlu bergantung harap dengan harta kekayaan dan pangkat...layanan yang Rasulullah saw berikan terhadap sesiapa sahaja yang mendampingi Baginda semuanya sama rata tanpa lebih atau kurang walau sedikitpun, tidak kiralah yang mendampingi Baginda itu dari taraf hamba atau raja...Hal ini terbukti kerana sekiranya ditanyakan pada mana2 sahabat pasti masing2 akan mengatakan bahawa merekalah teman yang paling rapat dengan Rasulullah saw...


Oleh itu, setiap daripada kita perlulah menjadikan Rasulullah saw sebagai contoh dalam aspek pembentukan sahsiah diri...lebih2 lagi bagi pemimpin2 pada zaman kini tidak kiralah diperingkat keluarga atau negara...
Renung2kan~...Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment