Wednesday, December 5, 2012

STPM...(On Air)..--> Part 3


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah syukur masih berpijak kita di Bumi Allah swt ini dengan limpahan rezeki yang sentiasa mencurah...
Syukur juga kerana peperiksaan STPM yang ana tempuhi kini berada di penghujungnya...

Minggu ketiga exam, tiga paper untuk minggu ni:-

Isnin(3/12/2012)
Usuluddin 2 - Harap-harap dapat menjadi backup kepada kertas 1...amiiin

Selasa(4/12/2012)
Bahasa Arab 2 - Pada mulanya ingatkan masuk dewan terus tidur, tapi Alhamdulillah dapat tulis walaupun tak pasti jawapan betul atau tak(tawakal, InsyaAllah)

Rabu(5/12/2012)
Pengajian Am 1 - Sangat sukakan subjek ni, InsyaAllah terbaik berbanding sebelum ni(result subjek ni semasa trial antara yang top)


Last paper(Syariah 2) minggu depan boleh dikatakan senang tapi tak boleh nak relaks sangat, nanti memakan diri...heheh, InsyaAllah boleh...

Rasa tak senang dibuatnya bila ketua warden luahkan perasaan kesal atas perbuatan calon SPM dan STPM mengotorkan asrama serta dorm dan kelas digunakan untuk kegiatan yang tak sihat...
Tak semua yang terlibat tapi yang tak terlibat pun mesti la terkena juga tempiasnya...bimbang perkara ni memberi kesan negatif terhadap keputusan peperiksaan nanti...Naudzubillah...
Wallahua'lam...


"BERKAT ITU PENTING"

No comments:

Post a Comment