Wednesday, December 12, 2012

STPM...(On Air)..--> Part 4 (Tribute to all my friends)


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah setelah sekian lama berjuang dalam pelajaran akhirnya tamatlah peperiksaan STPM bagi sesi 2012 ni...
Namun perjuangan menuntut ilmu tidak akan pernah berakhir...


Minggu terakhir exam, paper Syariah 2:-

Isnin(10/12/2012)
Syariah 2 - Paper ni masa trial dapat A...InsyaAllah meningkat...
-->kertas ni penting sebab nak backup kertas satu yang down sikit, insyaAllah..

Dah sepakat dengan kawan-kawan form 6 untuk tidur semalaman lagi di asrama.

Lepas habis exam terus keluar main bowling dengan kawan-kawan..kemudian petang tu pergi main kenu(benda yang kena kayuh macam kayak tu) kat Pulau Melaka...enjoy sampai hampir maghrib...murah dan berbaloi harganya, RM 3 untuk 2 hingga 3 jam.....

Malam pula pergi makan roti tempayan murah kat bandar Kota Bharu...lepas tu ambil-ambil gambar kat seluruh kawasan sekolah macam kat tangki air, blok-blok kelas dan kolam ikan...ikut perancangan nak terus berjaga sampai larut malam untuk operasi cari hantu tapi badan letih sangat...tidur dalam pukul 1 pagi...

Keesokan paginya terus sambung aktiviti ambil gambar kat dalam bilik dan depan blok kelas dan keluar makan untuk kali terakhir...lepas tu seorang demi seorang pulang ke kampung masing-masing..

Dapat ana lihat pada wajah sahabat-sahabat betapa beratnya hati untuk meninggalkan sekolah dan berpisah dengan sahabat yang lain...lebih-lebih lagi lah bagi diri ana sendiri yang hampir tujuh tahun mengukir kenangan pahit manis di sekolah ni...

Walaupun dalam tempoh perkenalan ini mungkin ada berlaku beberapa perpecahan akibat perbezaan pendapat dalam kalangan kami, namun akhirnya hati kami tetap bersatu dalam berjuang menuju kejayaan...

Moga Allah SWT mengambil kira pertemuan dan perpisahan antara kami ini sebagai satu ibadah dalam mencapai matlamat hidup Mukmin yang sebenar iaitu KeredhaanNya...Akhir kalam ana mewakili seluruh mahasiswa dan mahasiswi Pra-U SMKA Falahiah 2012 memohon maaf di atas segala kekhilafan kami yang mungkin banyak menyinggung perasaan mana-mana pihak khususnya guru-guru di SMKA Falahiah...

Dan untuk sahabat-sahabat yang dikasihi,mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat tingkah laku atau layanan yang buruk sepanjang perkenalan kita...terima kasih kerana kamu semua telah menjadi pendorong semangat serta penghibur dikala hati ini dalam kesedihan...ukhwah Fillah,tunjang Mardhatillah...
Wallahua'lam...

"DOAKAN KEJAYAAN KAMI DALAM HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT"














No comments:

Post a Comment