Tuesday, January 8, 2013

Kerja sementara


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,,,
Hampir sebulan tak update blog...sedikit sibuk mencari rezeki untuk diri sendiri... Ana cuma boleh bertahan selama seminggu di rumah tanpa berbuat apa-apa....sikit-sikit online, sikit-sikit online....
Jadi ana ambil inisiatif untuk mencari kerja...kalau ikutkan hati memang malas nak cari, tapi thanks to my sister sebab dia yang tolong search kat mudah.my...

So, nak dijadikan cerita kakak ana ni terjumpalah satu iklan mengenai sebuah gerai makanan Jepun iaitu 'Takoyaki'yang memerlukan pekerja tambahan bagi membantu mereka menjalankan perniagaan.... Pada mulanya ana tidaklah berminat sangat tapi bila memikirkan keadaan diri yang sangat-sangat kebosanan jadi ana cuba call nombor yang disertakan pada iklan tersebut... Sememangnya status pekerjaan tersebut masih lagi kosong jadi pemilik gerai tersebut terus bersetuju untuk berjumpa dahulu bagi berbincang dengan lebih lanjut(ore kelatey kato 'kecek kiro').... Lupa untuk bagitahu gerai tersebut terletak di pasaraya yang tidak asing lagi bagi penduduk Kelantan iaitu KB Mall...

Pada keesokan harinya, ana berkunjung ke gerai tersebut apabila dihubungi semula oleh pemiliknya.... Ana sendiri pun tak pernah perasan wujudnya satu gerai yang menjual makanan Jepun di KB Mall...gerai tersebut terletak di hadapan salah sebuah pintu masuk tingkat bawah tanah pasaraya tersebut....

Untuk memendekkan cerita ana diterima bekerja di situ.... Alhamdulillah, ana enjoy bekerja di gerai tersebut kerana ianya sangat menyeronokkan untuk menimba pengalaman berniaga di samping menambah ilmu mengenai cara-cara berkomunikasi dengan pelanggan... Setakat ini ana sudah melayani pelbagai karenah pelanggan... Ada yang menghiburkan serta mesra dan ada juga yang menyakitkan hati... melalui bekerja di situ, ana juga telah menemui teman-teman baru yang mesra di samping sikap mereka yang matang dan menghiburkan...

Ana harap teman-teman yang lain pun dapat mengisi masa yang terluang sementara menunggu keputusan peperiksaan ini dengan pengisian yang memberi banyak faedah... Tahniah untuk yang telah menemui kerja seperti menjadi guru ganti atau lain-lain pekerjaan yang halal...moga mendapat banyak faedah terutamanya pengalaman yang menjadi salah satu daripada sumber ilmu yang berkesan dalam Islam...
Jemput berkunjung ke gerai Takoyaki di aras basement KB Mall... (^_^)
GOOD LUCK FOR STPM"""
Wallahua'lam...



    

No comments:

Post a Comment