Monday, April 11, 2011

Buat Dia yang bergelar pemimpin


"Aku tak boleh, aku tak kuat."     
"Aku lembik, lemah."    
"Aku tak pandai nak sesuaikan diri d engan keadaan."
"Aku rasa ada yang lebih layak daripada aku."
"Aku tak dapat nak galas amanah ni, susah sangat, berat sangat."
Aku pernah merasai perkara yang tertulis di atas, bahkan lebih daripada itu. Ketika itu aku dilantik untuk menerajui salah satu amanah pada satu masa yang telah Allah S.W.T tentukan, aku pasrah. Aku tunduk pada ketentuan-Nya. Aku taat pada perintah-Nya. Aku sujud memohon kekuatan-Nya. Aku memanjatkan doaku pada-Nya agar menjadi lebih kuat.
Firman Allah S.W.T :
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Maksudnya: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina."
[Al-Mu'minun : 60]
Aku berusaha menerima dan memujuk hati ini bahawa akulah yang dipilih untuk memegang amanah sebesar itu. Akulah juga yang terpilih dari kalangan hamba-hambaNya yang ada disekelilingku, sungguh aku tak pinta untuk ianya berlaku bahkan aku bimbang untuk memegang amanah sebesar ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui perkara yang terbuku dihati kecilku.
Tatkala aku menerima ketentuan, terdetik juga kekeliruan tentang kemampuan diri. Dapatkah aku menggalas beban ini, benarkah aku layak. Aku tahu, aku menerima amanah ini bukan kerana layaknya aku tetapi atas rahmat dan kasih sayang-Nya pada aku yang hina dan penuh dosa.
Firman Allah S.W.T :
قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ وَلا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلا عَلَيْهَا وَلا تَزِرُ 
وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
Maksudnya : Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepada-Nya), patutkah aku mencari Tuhan selain Allah S.W.T, padahal Dialah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Allah S.W.T tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan pada-Nya.
[Al-An'am : 164]
Terima kasih Ya Allah atas anugerah ini, dengan adanya amanah ini bertambahlah ibadat aku kepada-Mu. Sungguh aku tidak sedar, sekalipun aku tidak diberi untuk memegang amanah ini, aku telahpun diberi amanah sebagai seorang muslim. Sepatutnya aku bersyukur, Dia memberi aku pentas untuk aku jalankan amanah ini.
I LUV ISLAM

No comments:

Post a Comment