Sunday, April 17, 2011

Kasih Allah


بسم الله الرحمن الرحيم
Ada hadith Rasulullah SAW yang menyebut bahawa apabila Allah mengasihi hambanya, maka Dia akan membuka penglihatan hambaNya itu terhadap ke'aiban dirinya sendiri...(أو كما قال)
Ini kerana dengan mengetahui ke'aiban diri kita sendiri, kita akan menyedari bahawa diri kita tidak pernah sempurna..memang benar Allah SWT menyatakan sendiri di dalam al Quran bahawa manusia itu dicipta dengan sebaik-baik kejadian...
Yang dimaksudkan ialah penciptaan manusia itu adalah terbaik jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk Allah SWT yang lain...bukanlah bermaksud manusia itu diciptakan sempurna tanpa kelemahan dan ke'aiban.. hakikatnya sempurna itu adalah sifat yang hanya layak bagi Allah SWT...
Tetapi malangnya ada segolongan manusia yang bersikap sombong kerana menganggap diri mereka mulia hanya kerana mempunyai pangkat, harta dan kekayaan... sedangkan mereka tidak menyedari semua yang mereka miliki hanyalah secebis dari kekayaan Allah SWT yang tidak pernah berkurang walau sebanyak mana pun dikurniakan kepada makhlukNya..  
Maka perlulah kita banyak mendalami ilmu agama dan sentiasa berusaha untuk mendekati Allah SWT kerana hanya dengan mendekatiNya kehidupan kita akan tenteram...
Moga-moga diri kita tergolong dalam golongan yang diperlihatkan ke'aiban diri agar diri kita dikasihi Allah SWT serta jauh dari kelalaian dunia... InyaAllah

No comments:

Post a Comment